kisahnya....

My photo
Nur Rahida bt Sabaruddin.

Sunday 25 November 2012

daripada diriku untuk diriku...


bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum...


Aku seorang yang hebat..aku memang hebat kerana allah menjanjikan bahawa manusia dijadikannya hebat dan terbaik antara segala makhluk..aku lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan...Ah!!apa yang orang lain katakan pada diriku semuanya bohong belaka...aku lebih tahu siapa aku..aku lebih kenal siapa diriku..aku hebat sebenarnya..aku hebat..hebat..hebat!!! aku boleh lakukan apa saja yang ingin aku lakukan, insyaallah!...
mak!!tidaklah kau sia-sia mengandungkan aku sembilan bulan sepuluh hari dengan melahirkan aku dalam susah payah...aku berjanji padamu....aku tidak akan menghampakan dirimu!!...
abah!!aku tahu kau telah bekerja susah payah!!aku tahu kau telah berkorban segala-galanya untuk kejayaanku...aku tidak akan memalukanmu...abah..mak....dengarlah janji anakmu!!akan aku pastikan kejayaan milikku, abah...akan aku hadiahkan kejayaan kepadamu..aku tidak akan mensia-siakan harapanmu..
abah..sebelum kau pergi menghadapnya..akan aku pastikan aku telah menghadiahimu segulung kejayaan..aku berjanji akan membela nasibmu...akan ku balas jasa-jasamu selama ini..walaupun kutahu jasamu itu tidak mungkin terbalas olehku..walau dengan apa jua jasa-jasaku..
tapi!!aku tahu kau pasti akan bersyukur dengan kejayaan yang akan kuhadiahkan kepadamu..akan kupastikan kejayaan milikku..insyaalllah..abah dan mak..percayalah kepada anakmu ini...jangan kau ragukan janji anakmu ini..aku pasti akan menunaikan janji...

aku hebat!!hebat!!hebat!! 
siapa kata aku tidak hebat..siapa kata aku lemah..aku tidak sebodoh yang mereka sangka..aku tidak selemah yang mereka duga..mungkin aku pernah gagal..itu bukan bererti aku gagal..itu bukan bererti aku bodoh..mungkin aku tersilap dan aku akan bangun kembali..aku akan bangkit semula..percayalah..aku tidak bodoh,selemah dan seburuk yang mereka sangka...akan aku buktikan kepadamu teman,abah,mak,saudara-saudaraku dan sesiapa jua..bahawa aku hebat!!!

aku hebat!hebat!hebat!!!!kerana aku lebih kenal siapa aku!jangan kau berkata apa-apa sebelum kau mengenali diriku..aku adalah aku..aku lebih kenal siapa diriku..siapa kalian hendak menilai diriku....apa yang aku tahu ialah kemenangan untuk diri dan keluargaku..

aku hebat!!hebat!!hebat!!!
yaaaa...aku sebenarnya adalah seorang yang cemerlang..gemilang..dan terbilang..aku adalah insan terpilih.insan terbaik di dunia sebagaimana janji tuhan kepada manusia yang bertakwa dan berusaha..akan aku musnahkan harapan orang-orang yang ingin melihat aku jatuh,gagal dan kecundang!!apa yang aku tahu,kemenangan ini akan aku jadikan hadiah buat diriku dan maruahku!!!

aku hebat!!hebat!!hebat!!
oh mak,dengarlah rintihan anakmu..oh abah!!dengarlah rintihan anakmu..rintihan anakmu yang berjanji dan berazam tidak akan memalukanmu..

aku hebat!!hebat!!hebat!!!
mak, sejuklah dirimu mengandungkanku dan melahirkanku serta membesarkanku..tidak akan kupersiakn semua itu..abah..aku tidak sesekali akan mensia-siakan harapanmu...insyaallah,dengan iringan doamu dan linangan air matamu untuk melihatku berjaya, aku akan muncul sebagai seorang yang hebat !!!
insyaallah...amin !!




just the spirit for myself to go tru the next-next semester... :)  chaiyok!!!!!!!
bye....





No comments:

Post a Comment