kisahnya....

My photo
Nur Rahida bt Sabaruddin.

Tuesday 30 December 2014

dua ribu empat belas


dua ribu empat belas
kehadiranmu dinanti penuh debaran
kedatangan mu disambut penuh kemeriahan
mengharap sinar harapan dan senyuman

namun siapa sangka
kau menduga kau menguji kami penuh cabaran

mac 2014
perginya MH370 tanpa berita
perginya penuh tanda tanya
perginya tanpa meninggalkan secebis jejak

feb-apr 2014
empangan kami kering
alam tidak sudi memberi kami air
catuan air sehingga berbulan bulan lamanya
mengajar kami untuk tidak membazir

tidak cukup dengan itu
alam seolah olah memarahi kami
jerebu menduga kami
seksanya hidup menyedut udara kotor
mungkin dari kesilapan kami sendiri

julai 2014
ketika umat islam menikmati ibadah puasa
dan kemeriahan aidilfitri kian terasa
hati kami bagai direntap
perginya MH17 tidak kembali
kami terduduk
menangisi dan meratapi perginya MH17
seolah olah orang tersayang berada di sana

satu persatu kau bongkarkan
kerana hilangnya sifat amanah si dewasa
si anak menjadi mangsa
kebocoran soalan UPSR
cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa

disember 2014
kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi
air yang membawa kemusnahan
meruntun hati kami
namun aku tahu
ada ganjaran disebalik kemusnahan itu

kini
saudara kami QZ8501 menghilangkan diri
membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17

betapa kau sayangkan kami
kau hantarkan petanda
kau hantarkan petunjukMU
kau hantarkan petunjukMU
kau hantarkan ujianMU
supaya kami mengingatimu
supaya kami tidak melupakanmu

kami alpa kepadamu
kami jauh darimu
kmi kejam dengan bumi
kami abaikan saudara kami
kami pentingkan diri
kerana merasai dunia ini hak kami

2015
kembalikanlah sinar harapan dan senyuman kami
bawalah airmatamu 2014
pergilah bersama deritamu 2014
bersihkanlah noda hitammu 2014
kami pasrah
kami redha

allah
terima kasih atas kasih sayangmu


Monday 29 December 2014

bah

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
ya. allah sahaja yang maha segalanya
maha mengetahui juga maha berkuasa atas segala yg dilaksana juga terlaksana
adakah aku terima
adakah aku bersyukur 
adakah aku redha
dengan apa yg terlaksana

berat mata memandang.berat lagi bahu yang memikul
berat bahu yang memikul..berat lagi beban yang dipikul
aku hanya berdaya memandang
aku hanya berdaya melihat
aku hanya berdaya merasa
merasa mencuit rasa
yg hanya dicuit dari hati yg tercuit
berat diri merasa. berat lagi yang merasa

sakit
perit
pedih
sengsara
derita
kebulur
merana

apa salahnya
apa tak betulnya
apa silapnya
apa dosanya
apa kesudahannya
apa balasannya

semuanya ada makna
itu pasti

sabar tabah kuat
harung semua
alirkan segala
hanyutkan titik hitam itu
biar dibawa pergi arus deras
biar ditelan bah nan mengganas
redha
noktah





DISEMBER 2014

Friday 5 December 2014

perit


perit
memang perit
sakit
ya. aku sakit
siapa aku nk kata tidak
siapa aku nk kata jangan
siapa aku nk buang kan saja
argh !
geram marah sesal
dah tak guna dah
yang dulu tu tak payah dikenang
yang dulu tu perlu dibuang
yang dulu tu harus dicampak
campak jauh dalam gaung
buang jauh atas gunung
boleh
siapa kata tak boleh
nothing is impossible
kau je yang tak percaya
aku boleh
memang aku boleh
kau tak tahu
kau tak tahu apa aku rasa
kau tak tahu apa aku lalu
kau tak tahu apa aku hadap
perit
memang perit
tapi
pahit perit ada manis
aku percaya

1.23am
6dec14

Thursday 4 December 2014

CHINI

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum..

hai 
saje
je 
nih
nak
simpan 
gambar


mana putera katak saya nih..hmmmm :P

im not taken..but im simply on reserved for the one who deserve my heart..cewwah



muka ma yg happy campuq takut

cantiknya ciptaan allah

carved by indigenous people





kisahnya datang sini bukan nak pi bercuti..
tapi nak berkahwin..
ha ?!
eh.nak attend kenduri kawen.
so dress up pun mendiva la macam nak pi kenduri kawen..
but accidentally boleh pulak salah time..
so. bercutilah kita..
ha..kau hado naik bot pakai baju kebaya dengan high heels ?! haha

k.baii.