kisahnya....

My photo
Nur Rahida bt Sabaruddin.

Saturday 22 February 2014

Puluhan

Dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha penyayang
Syukur kepada allah masih dikurniakan nafas dan nyawa di hari ini 23 februari 2014..
Terima kasih ibu...
Terima kasih membesarkanku
Terima kasih melahirkanku
Terima kasih kerana susu ìbu mu
Terima kasih kerana masakanmu
Terima kasih kerana pelukanmu
Terima kasih kerana kasihmu
Terima kasih kerana bebelanmu
Terima kasih kerana marahmu
Terima kasih kerana susahmu
Terima kasih kerana sabarmu
Terima kasih kerana segalanya yang terbaik untukku
Ayah..
Walau ibu yg dirasa lebih segalanya
Tapi kamu adalah segalanya bagiku
Terima kasih hero ku !
Along
Garangmu bukan sengaja digarangkan
Bukan sengaja ditegaskan
Bukan sengaja ditinggikan
Tapi..sudah kamu digelar along..
Walau Gaduh marah sakit hati ku
Tetap kamu along ku !
Angah
Tabahmu tiada sempadan
Cekalmu aku sanjung
Walau tidak dibesarkan bersama...
Tetap kamu angah ku !
Ateh
Kamu adik
Juga abang sebenarnya
Sayang aku kepada kamu
Tidak pernah sedikit berkurang
Marahku
Bebelanku
Gaduhku
Tamparanku
Kepada kamu
Semuanya kerana aku sayang kamu
Jadi anak yg soleh
Jadi imam yg sempurna supaya dapt kamu mengimamkan ibu dn ayah kita nanti.
Adik
Kamu pembimbing dan pembantu abangmu
Jangan kamu bertengkar
Jangan kamu berperang
Jangan kamu bertumbuk
Jangan kamu bergaduh
Kerana satu perkara kecil
Sayang aku kpdmu tidak tercapai akalku
Sahabat
Terima kasih kerana menghias sangkar hidupku
Terima kasih atas segala rencah dalam masakan hidupku
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Hanya itu mampu ku ucapkan
Maka bermulalah usiaku sebagai seorang perempuan yg berusia puluhan tahun...
Semoga usiaku sentiasa barakah saban hari
Bertambahnya rezeki
Bertambahnya amalan
Bertambahnya manfaat di sisi Nya
Ameen

No comments:

Post a Comment