kisahnya....

My photo
Nur Rahida bt Sabaruddin.

Thursday 23 October 2014

misi generasi

mengapa lorong berjelaga ini diredahi
dan lembah bernanh ini dituruni
sedang denai hayat di hadapan
sayup memandang
sedang sinar iman di belakang
setia menyuluh jalan
denai diterokai
dari kasih sayang ayah bonda
sinar yang terpercik
dari jiwa dan harapan bangsa
dan tuhan tidak pernah berkata
bahawa nafsu lebih mulia
daripada akal manusia
sekali diredahi lorong berjelaga
sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda
sekali dituruni lembah bernanah
sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa
otak dijajah serbuk dan habuk khayalan
iman ditusuk jarum dari mata syaitan
jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan
seluruh hayat terapung
di sungai zaman

ini seteru zaman baru harus ditentang
dengan semangat padu
tak kira apa nama kamu
mereka , dia dan aku
kerana anak anak kita
diintip setiap waktu
sekali leka
seribu kali menyesal
tidak mudah berlaku

mari kita gempur lorong berjelaga
agar ruyup luka di wajah berhemah
mari kita lafaz ikrar
menjadi sumpah berakar
mari kita genggam
tekad membangun generasi berdaulat

ini misi generasi masa kini
tidak ingin menjadi cermin yang retak
di kamar nusa
tidak ingin menjadi album kosong
di lantai sejarah
gempur lorong berjelaga !
gempur lembah bernanah !

No comments:

Post a Comment