kisahnya....

My photo
Nur Rahida bt Sabaruddin.

Thursday 18 July 2013

tolong ingatkan aku...

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum...

ha..tajuk bukan men lagi..ala ala lagu ana rafalli gitu..
it is actually mood mumbling datang menimpa diriku..
so..takde tempat nak dibebelkan..maka homo sapiens jugak la yang menjadi mangsanya...kesian awak..
tapi takpe...
teruskan misi yg terbengkalai nih...
memandangkan masih lagi berada di bulan ramadhan..so ceritanya mengenai
RAMADHAN lah !!

lebih spesifik lagi..gelagat gelagat homo sapiens di malaysia ni menyambut ramadhan...

1)  Makan mesti nak sedap
ha..iolls pun sama jugak...mesti nak makan makanan yg sedap..sape je makhluk kat malaysia nih yg tetiba teringin nak makan makanan yang tak sedap?..mesti semua nak makanan yang sedap sedap saja..yg penting dia setia~~~~eh! kan dah keluar dangdutnya..hee
bayangkan di negara negara yg miskin..theyolls tak terfikir pun nak makan makanan yg sedap sedap..if ada pun jauh di lubuk hati yg paling dalam tahap gaung yang paling tinggi kedalamannya... diorang mesti cuma mahukan dan idamkan yang bahawasanya  mereka boleh makan ! yes..boleh makan ! maksud disitu..dapat makan apa apa pun asalkan boleh makan...
kesian kan..
pernah tak uolls terfikir yang mungkin paling teruk la..uolls tak dapat makan makanan yang sedap tapi uolls still boleh makan makanan lain yg walaupun tak berapa sedap...tapi tapi tapi bayangkan orang lain yg terpaksa makan apa saja yg ada depan mereka even sedap ke tak sedap ke and without ada kuasa veto untuk memilih makanan yang lain sebab tu je yg ada pun..
bayangkan !

2) tak mesra alam langsung
hish..kan penggunaan plastik tu bahaya..
kalau dah 30 hari ada bazar ramadhan..and setiap sorang tu aan menggunakan at least 4 helai plastik..bayangkan 1 malaysia nih akan ada berapa banyak plastik yg akan dibuang dalam bulan puasa ni je ?!
bayangkan!

so.. situasi aku sewaktu membeli belah di bazar ramadhan..
budak comel : berapa ringgit ye ?
si penjual : 3 ringgit
budak comel : ok..tak payah plastik ye..
si penjual : eh.. takpe ke ?
budak comel : tak pe..
si penjual : nak straw sekali ke ?
budak comel : eh .. tak payah ( *dalam hati..ingat aku tak puasa ke nak minum terus air nih..ish..aku tak nak plastik sebab aku sayang bumilah ! )

3) kenapa perlu buang
banyak sangat pembaziran berlaku...
tak tahulah kenapa kan..bulan ramadhan ni bulan yang paling banyak kita berbelanja instead of sebenarnya bulan ramadhan ni bulan yg dapat kita berjimat..
why ?
tepuk dada, tanya hati

4)  minggu peningkatan iman
ha.. perkara ini biasanya berlaku di awal 2 minggu di bulan ramadhan..
iaitu minggu peningkatan iman..
masjid akan penuh..
tapi sampai bila..kenapa tidak dipanjangkan minggu peningkatan iman tu..
betulkan niat !

5) sibuk mencari keuntungan
ha..kisah ini diujukan khas kepada peniga peniaga
sibuk mencari keuntungan
tak kira macammana cara sekalipun..
please..berniaga tu biarlah dengan cara yang betul..
biar harganya berpatutan..
biar barang yang dijual berkualiti..
biar sedap mata memandang, sedap telinga mendengar,sedap lidah menelan,sedap perut dikenyangkan..


6) jaga
ha..awak semua.. tolong jaga ok..
jaga apa?
jaga mulut..
jaga telinga..
jaga hati..
and jagalah semuanya..

7) salah ke ? tolong sokong ok
ha..salah ke if someone tu nak berubah..
bagi sokongan..bukan kutukan
mungkin niat dia ikhlas untuk berubah..
siapa tahu kan..

8) perang
ha..ini dah memang tradisi ntah ikutan dari mana..
kalau raya mesti ada mercun..
so..biasalah kalau ada yg akan bertukar jadi spiderman, batman , predator , ultraman , serta sailormoon yg mana berlakunya perubahan fizikal secara tiba tiba..
hmmm...kt negara lain...remaja remaja sibuk mempertahankan keluarga , bangsa dan negara mereka berhadapan dengan bom bom semua...
tapi kat sini..remaja remaja sibuk ''berfoya-foya'' dengan'' bom bom '' untuk bersuka ria..kononnya !
so..masalah ni..tak tau lah siapa harus dipersalahkan..

ok..enough la kot membebelnya..
sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menuduh sesiapa..
hanya ingatan kepada diri sendiri dan kepada sesiapa saja..
dan yang baik itu hanyalah dari allah..yang kurang sempurna itu juga datang dari allah dan disandarkan kepada saya sebagai hambanya yg lemah..
wallahualam..

sekian..
happy iftaring..
assalamualaikum





No comments:

Post a Comment