kisahnya....

Nur Rahida bt Sabaruddin.

Thursday, 12 November 2015

banjir lumpur KL-KARAK HIGHWAY

bismillahirrahmanirrahim

11/11/2015
1500
selesai makan tengahari.aku bergerak untuk ke temerloh menghantar adik ke SBPI temerloh.
kemudian terus balik ke bentong.

1700
sempat singgah ke bandar bentong untuk selesaikan beberapa perkara singgah solat asar and sempat jugak ngetey :)

1830
dalam keadaan hujan lebat. nak pulang ke rumah di Lentang.
dapat call daripd abah supaya jgn lalu jalan lama..takut tanah runtuh and pokok tumbang..then..kami  (along,aku,ateh ) pun decide ikut highway.
sebelum sampai tol bentong. abah call lagi.. mengatakan highway x boleh lau..ada tanah runtuh..kami pun dengar radio mengatakan jalan highway ada tanah runtuh dan dinasihatkn ikut jalan alternatif iaitu jalan lama.
ok..buat u turn. patah balik nak ikut jalan lama.and sempat singgah petrol station nak tambah minyak kereta. waktu di petrol station dah perasan suasana pelik and cemas melihat beberapa orang yang ada disitu..tapi x sempat nk bertanya and nk dapat maklumat apa apa..

1900
terus bergerak ke jalan lama
hujan masih tak berhenti dan masih lebat..
sampai lebih kurang 5 km daripada simpang jalan lama. kami terpaksa redah air yg berada atas jalan raya disebbkn longkang tersumbat..lebih kurang paras keting.. memang tak pernah drive dlm keadaan mcamtu..and memag risau takut kereta mati tgh tgh jalan tu..nasib kereta kami agak tinggi.
stelah melepasi air..terpaksa berhenti.kemudian bomba mengetuk cermin setiap kereta memberitahu bahawa jalan tak boleh lalu.terdapat tanah runtuh..bomba arahkan untuk pusing balik..sekali lagi terpaksa redah air tu lagi..

1945
berhenti di sebuah kedai makan untuk sit down and relax. fikirkn apa solustion yg bolh dibuat..
mula mula nk cri hotel..tapi bimbang bandar bentong dikhuatiri banjir kilat.juga risau dgn safety kereta sebab malam malam memang black area jugak kawsn bandar bentong nih..
then wasapp membe. nk tumpang umah dia. kat taman sri siantan..
hajat kalau jalan ok sebelum 12 malam mmg nk balik jugak malam tu..
tapi bila dengar berita nmpak macm teruk..so kami decide tido sini je.

12/11/2015
0100
tak boleh tidur. dapat call dari abah..katanya kawasan perumahan lentang teruk. ada kereta hanyut and mereka dipindhkn ke masjid lentang atas nasihat bomba.

0200
golek punya golek..dapatlah tidur ayam sekejap..

0600
bangun and siap untuk gerak..and dapatkan sebnyak berita untuk tahu jalan boleh lalu ke tak..ha..kali ni memang mandi muka jelah kami :)

0745
gerak balik. highway masih tak boleh lalu.. kami ikut jalan lama.. mengikut roadcare yg jaga kat simpang jalan lama tu.katanya dh boleh lalu..
sepanjang perjalann kami saksikan keadaan yg sgt sgt dahsyat..ibarat tsunami lumpur membadai.
banyak tanah tanah runtuh di sepanjag jalan.
bersyukur sebab semlm sempat keluar dari jalan lama tuhh.. kalau tak keluar tak tahulah..sebab kesan lumpur memenuhi jalan raya.

0805
selamat sampai Lentang..
alhamdulillah.










aku bersyukur tidak terhingga.
tiada kematian yang berlaku..
dan alhamdulillah..allah gerakkan hati aku untuk tidak terus balik rumah petang tu.
mungkin aku akan stuck tgh tgh highway tuh..and paling worst aku terlibat hanyut dlam lumpur tuh..nauzubillah..
begitulah' kun faya kun ' allah.





Monday, 19 October 2015

silegacy7plus1

bismillahirrahmanirrahim..
hai

untuk yg kurang faham apkah masuk tajuk entry nih..
ha
mai ceq habaq mai..
s tu stand for sabaruddin (abah i )
i tu stand for intan (ma saya ) wlaupun sbnrnye nama beliau absah..tpi kite pkai nama famous je..hee
legacy tu ala ala sambungan keturunan or whatever la kn..
dan tulah hashtag yg digunakn kt ig aku klau post gmbo family..

and...
7plus1 means family i dh brtambah
dah ada abang ipar oiii..ahha
alhamdulillah..syukur..
semoga berkekalan smpai syurga
pasni bakal mama de pulak..hehe
insyaa allah..moga murah rezeki



majlis akad nikah


tercuri gambo pengantin selfie..hee
majlis sambut menantu
di taiping , perak .




ha..3 pengantin sekali...hee
2 menyambut..1 menerima..



ok bai..
:)


Sunday, 13 September 2015

road to graduation

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah
presentation utk practical dah pun selesai
report pun dh submit
tunggu result jelah pasni
semoga dipermudahkan

then
sempat aku berjimba bersama teman teman seperjuangan
ke sg lembing kuantan pahang

keretapi perlombongan biji timah

bersama tour guide kami , en razak


dari pemandangn panoranama hill

tempat penginapan : time capsule retreat





dalam terowong biji timah

makan makan !

the best getaway ever !
kami menginap di the time capsule retreat
macam gmbar diatas.. ia diperbuat drpd culvert.. ala yg tmpt saluran paip air tu kan..
memang unik..and memang syiokk..
sampai ada yg tergolek dlm tuh..sbb tak biasa dgn keadaan lantai yg bulat..huhu
suasananya pun agak best..ala ala duk camping dalam hutan giteww..
walaupun sebnrnya tepi jalan je..keluar kete teruih terjun ats ktil..hahak
memandangkan pekan sg lembing nih majoritinya prkampungn cina..
so cabarannya..
sampai sampai je perut berkeroncong..dan boleh thn susah juga nk cari kedai makan...
kedai makn tuh ada..tapi kurang :)
jumpa satu kedai tuh..ada menu mee jawa ..mee kari ngn mee bandung je..
adeh..udohler perut kebulur nasi..
trpksa telan la jugk drpda lapor
sempat pusing pusing kwsn sg lembing 
and tgk jambatn gantung yg agk pnjg bg aku..
gayat jugk weh..haha
malam tu lepak dlm kolong jeh
pastu duk lyn movie antu..haaha
pastu duk berselfie selpot bgai
then tido !
sejuk gilo wehh..
dh mmg natural sejuk..tmbh pulk dgn aircond..mmg berbungkus ler wehhh...

kemudian di keesokn hari
seawal 6 pgi dh gerak tuk mendaki panorama hill
kata orang tmpt nk tgk sunrise
tpi smpai atas dh dkt pukul 7..so sunrise pun tah kemana..tmbah pula dgn cuaca yg brjerubu..
tpi  keadaan kt atas tuh masih lgi cntik..
tgk gunung ganang yg berkabus 
subhanallah

then
lepas makan pgi
kami ke muzium lombong bijih timah pulak
masuk dlm terowong perlombongan
and tahu serba sedikit kisah dn sejarah sg lembing..
seronok
ala ala lawatan sambil belajar giteww
haha

lepastu siap siap
and checkout
checkout from sg lembing...
and
next 
pi makan kt super kitchen 
pastu brgrk pulang..

atie..ekin..fafa..ila...
moga berjumpa lgi ya kalian...
next vacation pi mane pulak erkk ??
hmmm :))) hehe


Thursday, 3 September 2015

ragam practical training (episod 2)

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum..

hai.. :)

alhamdulillah syukur aku pun dah selesai praktikal training selama 3 bulan..
memang tak sangka ..rasa cam x percaya pun ada dah harung macam macam..
jumpa pelbagai jenis manusia yg bermacam jenis perangai..
dan pastinya ia pengalaman yg amat amat bermakna..tak kiralah pahit ke manis..
banyak value yg aku dapat..
salah satunya nampk value hardworking pada segelintir staff..mostly memikul tanggungjawab sebagai anak,suami,bapa yg pastinya berat bg mereka.. apa yg terlintas di benak fikiran mereka mungkin kalau aku tak kerja aku nk bagi anak bini aku makan ape. itulah tanggungjawab..yg pastinya sgt berat

apart from that
aku juga belajar menyesuaikan diri dengan persekitran yg sgt berbeza bagi aku yg tak pernah aku hadap sebelum ni iaitu environment kerja dengan  lelaki.. ya.. only men ! :)
ada lelaki bujang, ada yg dah kawen..and pelbagai background lah kan..
umur mereka pun kebanyakannya jauh beza dengan aku.. so it taught me to be more mature when i need to dealed with the matured one..same goes yg perngai gila gila..aku pun jdi gila jugaklah..
kena pandai sesuiakan diri mengikut suasana dan persekitaran juga perngai seseorang tuh

dan bernasib baik jugalah sebab kat sini ada ramai geng geng yg praktikal..yg cara pemikiran juga knowledge serta life yg lebih kurang sama..masuk kepala la sikit kan.
plus aku pun dapat tambah knowledge aku bila borak dgn mereka mereka..yelah .. universiti lain lain..so environment student pun lain jugakla.. from there aku dapat tahu sesuatu yg mungkin aku tak pernah tahu sebelum nih.. selain kisah politik yg agak tak menarik perhatian aku..kami juga ada juga borak pasal isu semasa,,sejarah..mengenai islam..juga paling bes sesi berteka teki ! :) banyak juga teka teki baru yg boleh aku cari mangsa utk cari jwapan nye nti ..

kalau cerita pasal ilmu dn pengalaman..
memang banyak yg aku dapat..smpai tak terkejar..
yg memang bukan senang nak dapat kan

dan hakikatnya...
memang sedih nak tinggalkan tmpt praktikal tuh..walaupun every morning aku rasa malas nk pi praktikal and tak pernah rasa bersemngat pun..tapi last day tuh sebak jugak rasa bila takkan dapat rasa suasana kilang tuh lagi dah...bau busuk fiber..bunyi bising mesin...lalu jalan becak..redah panas terik..bau busuk air waste water..kesejukan kabin safety..keseronokan melepak kat lab..baca yaseen kt pm1..terbau rokok waktu bulan puasa..dengar kisah kisah sejarah seram kat situ..beli makann kt 7E dlm tuh..minum air sdp dlm lab..buat testing freeness..masuk bawah cylinder yg tgh bergerak..panjat tangga sebab nk tgk keadaan mesin..berceloteh dgn pakcik guard..tulis attendace..dengar ceramah tak bertauliah..memaniskan muka secara paksa rela..bergosip pasal en azri..
dan banyk lagi yg aku takkan dpt buat kt umah..

and i still cant move on from missing all of the moment..
rindu semua staff..
rindu geng geng praktikal yg lain
:((


and currently sedang gigih menyiapkan report and slide utk presentation 10/9/2015 nanti
wish me luck ya


baii

gigih panjat semak samun nk selfie berbackground PPIB dr sudut  pandangan blkg kilang nih.
hah..tu bukan kolam yea..namenye clarifier..nampk je cetek..tpi kalau jatuh dlm tuh..wassalam ler jawabnye


Thursday, 13 August 2015

ragam practical training (episod 1)

bismillahirrahmanirrahim

merujuk kepada tajuk diatas
nurrahida bakal mengakhiri praktikal training beliau.
so sepanjang lebih dua bulan nih
macam macam kisah yg dah dihadap dan dihadam
pengalaman yang cukup bermakna bagi aku
tempat praktikal aku di pascorp paper industries berhad
kilang membuat medium paper and test linner
 senang cerita kertas kotak la

pada 2 minggu pertama aku ditempatkan di waste water treatment and plant department
bahagian nih lebih kepada how they treat water and recycle back to the production and dilepaskan juga ke sungai.
sesuatu yg baru bagi aku
belajar how to conduct daily performance test untuk water. to make sure that air yg dilepaskn ke sungai mematuhi doe standard.
mula mula memang krik krik jugak duk sengsorg kat sini dipenuhi dgn staf staff lelaki. no women at all okay.. seram sejuk jugak la..haha
tapi aku tetap dengan prinsip aku..just be urself..kalau ko rase selesa nk makan melahap..so buat jela.tak payah nak control ayu sgt..nak control buat ape kan. siti nurhaliza pun berak busuk..haha
aku juga terpaksa berhadapan dengan suami suami orang yg perangainya x mcm suami orang.
juga menghadap suami kepada dua org isteri..
pandangan aku. jgn judge orang sebelum kau kenal
dan tidak semena mena juga aku dapat la serba sedikit ilmu lelaki :))
iaitu ilmu perspektif lelaki terhadap perempuan
memang aku pun akui..ada betulnya apa yg dikatakan beliau..
kemudian..
aku ke department papermaking 2
dimana kawasan paling bising dan agak stress
kat sini nak belajar , nak tahu sesuatu mesti kena bertanya
so aku belajar supaya tak malu bertanya.
satu lagi
aku turut belajar how to conduct encik buaya darat. haha
kadang kadang lelaki nih sengaja je nk tgk ape reaction kita
gedik ke mengada ke sombong ke
so, bagi aku.
aku memilih untuk buat selamba yg agak noob..
ehhe
contoh situasi
"hai..nak ngejas boleh ?'....
jawapan aku "nak ngejas ape lagi.. mesin tu dah ok dah..buat ape nk ejas.kang lain pulak jdnye ' (pura pura tak paham )
selain daripada aku belajar process paper making..aku pun belajr macammne environment kerja mereka.
and kat sini jugak aku belajar how to differentiate pangkat mereka sebab diorang pakai uniform semua sama je.
caranya
mereka berbeza dari segi tingkah laku..cara percakapan and interaksi mereka dgn orang lain juga respon orang bawahan.
then.papermaking3.pun agak kebosanan.
tapi adalah peristiwa di tempat kerja yg kurang sihat berlaku
si pekerja lelaki duk nk bergaduh dgn si pekerja kerani perempuan.
malas nk cite kisah tu. maka kesimpulannya kisah tu..memalukan kaum lelaki je si lelaki tuh..huhu
seterusnya lab/qa department
kat sini syiokk sikit sebab dapat geng
geng budak budak praktikal
memang kat sini lah tempat kami melepak..hehe
so dapatlah aku kawan kawan baru  yang sama geng praktikal. bukak persatuan lah kami :))
kat lab nih belajar buat testing quality paper.
main dengan instrument..amek sampel fiber yg busuk and buat test yg kgkdg tk dpt result mengikut spec dan terpaksa retest dan masih tak dpt result yg memuaskn ..huhu
staff kt lab nih agak friendly. and paling fav staff abang sam
selalu puji dia sebab dia rajin.baik.ikhlas buat keje..sgt family first and sgt sayang bini..hehe
pastu mulalah kepala otak menerawang berangan nak ada suami mcm abang sam jugak..huhu
dan juga ada juga satu slot sembang seronok daripd encik sam (sorang lagi nama sam drpd elctric department yang akan datang berborak ngn kami utk hilang stress katanya )
selain daripada borok ngan lepak. dapat minum air sedap.xde la air special pun..tea o je pun. tapi bile minum ramai ramai tu yg best tuh. tambah pulak air abang sam buat.hahah
memandangkan supervisor lab nih encik nizam super duper senior aku..jadinya kadang kadang adalah slot dia becerita kisah kisah waktu dia belaja dulu..tpi tulah super duper senior punya kisah..memang totally lain la dgn apa yg aku blaja kan..ada jugak sorang lagi super senior. aku jugak..tapi tak berapa nak ngam sangat..maybe sebab approach skill dia kureng skit sbb tu geng geng praktikal nih berbulu dgn beliau..maafler encik azri oii..heehe
banyak juga projek kami kat lab nih..buat 5S .. decorate board..tukar organization chart..buat poster..
syiokk la jugak bab buat nyemak nih bagilah aku..huhu
memandangkan aku kat sini time puasa dan raya..jadinya waktu raya tuh kami geng praktikal nih buat potluck. kasi jamu staff2 lab.. pastu pi beraya..makan jamuan raya smpai nak muntah..tp serius best :)))
kemudian
aku terpaksa move on ke department safety and health..
duk dalam office kabin yg sejuk tahap negative..
dalam  office nih ada 2 staff je.. encik azim as an officer of SHE  and asst en fazlin.. kisah aku dgn encik azim nih boleh tahan rasa nak gelak..
first day aku jumpa die.. tetiba dia soal aku pasal SOP.
memanglah aku dah baca. tpi xdelah details sgt. pstu boleh pulak dia kata jawapan x memuaskan bla bla bla..
apa lagi angin kus kus datangla weii.. kecik besor kecik besor je aku tgk die.. brrr !
dgn kesabaran yg tinggi (sabar la sgt ) aku pun buat keputusan utk buat silent treatment.. sambil tu aku bukak laptop pasang earphone dengar lagu..haha
perasan la jugak dia macam serba salah kot.. lepas pada tu nampak mcm die cuba approach aku dnga lebih manners.. :) awkward juga sebenarnya.. tpi lantokler..:P
dan minggu hadapan adalah 2 minggu terakhir aku praktikal
tempat terakhir kat papermaking1. tak tahulah apa kisah pulak.
tapi
walaupun kadang kadang penat
kadang kadang rasa malas nak pergi kerja
kadang rasa geram
namun semuanya hilang ditelan kesronokan menimba pengalaman...
syukur

eh macam panjang









iftar bersama

dari kiri depan : tikah,aku,aisyah,harith,pian,zaim

sesi potluck

kbaiii :)



Monday, 15 June 2015

ladies driver (part2)

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum,,

hai
sambungan daripada part 1 sebelum ni
kali ni random thought jela kot :)

LUMBA
ha..berlumba nih memang bukan aku la..tapi baru baru nih negara digemparkan dengan kisah keluarga yg kemalangn akibat daripada aktiviti perlmbaan haram nih.memanglah maut tak mengira masa dan ketika.tapi segalanya boleh kita hindar dan cegah..
dan aku pernah menyaksikan perlumbaan kereta nih.. hati menyirap je tengok..time tuh aku sempat menjeling side mirror and perasan dua bijik kete nih mmg nampak macam tengah berlumba. yang bertambah menyirap boleh pulak diorang memotong belah kiri.. brr ! dan part paling best..lebih kurang 10 km kemudian..aku nampak kete yang berlumba tdi kat lorong kecemasan..berhenti tersadai dan berasap keretanya..hah. allah bagi cash..padan muka ! kan dah tak pasal pasal

EMOSI TERGANGGU
kalau bab emosi terganggu nih memang selalu terjadi kat aku. maklomler perempuan,,aku pun tak paham dengan emosi aku..hehe.
memang tak dinafikan kalau memandu dalam keadaan emosi terganggu nih..bnyak buruknya drpd baik..
antra yang terjadi pada aku..kalau mood swing tgh taufan hampir hampir gempa bumi tuh..confirm aku akan tekan pedal minyak tu lebih daripada biasa..tak sedar je kereta memecut laju. haih

TENANG
dan untuk aku tenang drpda emosi terganggu tdi..aku memang ada standby cd zikir terapi hafiz hamidun..and sami yusuf.cepat cepat aku pasang. supaya tenang sikit..
time nih jangan bukak lagu mcr ke metallica ke awie ke search ke...jangan sama sekali.sebelum ia makin parah..huhu

BERTIMBANG RASA
perkara nih memang selalu tak berlaku dengan rakyat malaysia..sikap bertimbang rasa mereka sangtlah kurang..dah bagi signal.. dh bg isyrat tangan nk keluar simpang..tapi mereka masih buat tak nampak buat tak tau je..sakit jugak hati rasa..mungkin pedal brek mereka mengalami masalah kot. takpun memang jenis bawak kete x nmpak kiri kanan..
haihla..
sikap kurang bertimbang rasa nih jugakla buatkan jalan bertabah sesak..probability utk accident pun tinggi.
dan kalau yg menunggang motosikal.cik lori cik kereta yang lalu nih.. macam cik motosikal tu tak wujud pulak..
agak agakla wei nk memotong rapat rapat kenapa.dah la laju..terketar ketar pakcik tua bawak moto tuh..tu kalau terketar ketar..kalau jatuh cmne ??? !

PENAT
nampak macam senang je driving tuh.. tapi bila aku dh driving sendri ke hulu ke hilir..rasa macam nk hire driver..penat dia lain macam and lebih kepada mental..
yelah
mata kena bukak..mne boleh ko pejam smbil memandu..lain la kete autopilot.. tak ke best giler dapat tidur dalam kete.ditemani aircond yg begitu dingin.. tapi tak boleh. kena tahankan mata tuh :(
tu dah satu deraan mental dah tu...hehe
satu lagi kena sentiasa alert dengan pelbagai situasi yang bakal jadi..
stress jugak kengkadang menghadap kerenah pemandu pemandu tak berapa nak berhemah kat malaysia nih..huh !

ok cukup kot
harap  sangat sikap sikap yang buruk tuh dapat dibuang oleh aku dan rakyat malaysia
kalau negara lain boleh
kenapa tidak kita ?

selamat memandu
dan hati hati di jalan raya



Saturday, 16 May 2015

ladies driver (part 1)

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum
hai
lama x berceloteh
selalu duk bermonolog je dlm blog nih

k
nak cite pasal driving
memandangkan masa lapang aku sekarang nih diisi dengan menjadi driver juga P.A sepenuh masa kepada ayahku due to kesihatan beliau yg tak memuaskan..

kisahnya nk cerita perangai perangai buruk ladies driver yg sentiasa terjadi.juga perangai pelik aku bila memandu. hehe
walaupun takdelah legend sangat bwak kete nih..yelah baru lima tahun memegang lesen kan..apalah sangat dengan orang yg dh memandu berpuluh taun..huuu
bukan nak kutuk si ladies driver
tapi tulah hakikatnya
lelaki pun sama jugak..ada jugak yg buruknya..tpi sebab aku perempuan..jadinya aku citelah pasal perempuan kan.. :)

so
pertama
--- SUKA BERKAKI AYAM
ha..sure nih memang typical perempuan punya perangai...
yang aku peliknya... waktu test jpj amek lesen dulu boleh pulak berkasut bagai..tpi lepaih tu bila drive kereta sendiri tak boleh pulk nk pkai kasut..selipar pun x boleh..mesti nak berkaki ayam..aku pun tak pasti apa sebabnya..

kedua
---SUKA BELEK BELEK
tak tahu apa masalahnya..mungkin terasa sedikit kebosanan atau ketidaktentu arah menyebakan aku suka membelek belek mende tak patut..aku duk belek dashboard la...men tekan tekan cermin la...belek fon la...bahaya sebenarnya perangai nih
*akan cuba zerokan perngai buruk nih :)

ketiga
--- SUKA MELALAK
ini sering terjadi terutamanya bila drive sorang..
memang akan melalak..nak elak ngntok kononya..huuu
dapat pulak time tuh radio tgh memutarkan lagu lagu favourite kan...bukak gelanggang karok la jawabnye :P

keempat
---SUKA TAK PAKAI SEATBELT
ni lagi satu perangai yg tak patut diteruskan *sedar.tpi x ubah ubah lgi..hehe
antra sebab aku tak suka pakai seatbelt sebab terasa rimas semacam... dalam perbandingan kasarnya..rasa macam entah jantan mana duk sibuk merayap lilit lilit kat pinggang kita..kalau suami xpelah (hiperbola sngt perbandingnye pun..hehe )
tapi tulah..kereta sekarang ada censor kalau seatbelt x pkai..
jadinya sebab sifat benci kat seatbelt tu masih menebal..boleh pulak aku pasang je seatbelt tuh..pastu aku duk selamba cam biase kat ats seat belt tu.. haha senyapla censor tuh dr membuat bebelan..

kelima
--- SUKA MENCELAH
ha..biasalah kalau dah bekas ketua persatuan rempit rempit daerah bentong..jadinye memandu pun nak la jugak main celah celah nih..huhu

keenam
--- SUKA MEMECUT
kes memecut nih rasanya xdelah pecut sangat pun..paling tinggi 140 km/h..apelah sangat kan..
tupun sebab memandu sgsorang tambah mengantuk.. jadinya bagi menambah konsentrasi yg tinggi juga mengurangkan tahap kebosanan juga kemengantukan...pecutla sikit
itulah antra solusinya..
hehe
tpi jgn harap nak pecut kalau naik dgn anggota pesara JPJ tak bertauliah yg duk sebelah..mybeloved mom..
80 pun dia dah sound suh slow...jadah apa 80 suh slow lg atas highway..hehehe

ketujuh
---SUKA BEBEL
Ha...tak memandu pun memang aku suka membebel.. :)
aku bebel sebab sakit hati tengok segelintir pemandu pemandu malaysia nih yang langsung tak beradab..kadang ada yg makan jalan tak tentu arah..signal tak reti nak bagi..keluar simpang tak tentu arah..berhenti tetiba macam orang mabuk..memotong tak sabar sabar macam bini nak bersalin atau mungkin pemandu tuh tak tahan nk pi tandas kot..ehhe
tulah antara sikap sikap pemndu yang buat aku membebel tak tentu arah dalm kete..(beria bebel macam la org tuh denga pun)...pstu mulalah berhajat nak bawak lori..nak gesel gesel manja ngn orang yg tak beradab tuh..
haihh...teruk betul perngai.. :)

hurmm..tu je rasanya
walaupun aku ada perangai perangai buruk nih
tapi saya masih pemandu berhemah..cewah...hehe
walau apapun berhati hatilah dijalanraya

bai

Wednesday, 1 April 2015

tolong kebal

bismillahirrahmanirrahim

ujian Allah bagi pada aku sejak kebalakangan ni terasa amat berat
aku rasa bagai berkilo kilo
 elok terletak di bahu aku
entah
bila aku fikir
bila aku renungkan
yang buat aku menung sampai dah tak tertenung..
aku dah mula fikir yang bukan bukan
aku dah mula bayang yang tak tentu
aku tak tahu macam mane nak hadap
risau

Allah
tolong kebalkan aku
tolong bagi aku kuat
tolong sadokan hati aku
tolong kuatkan aku

ya allah sayangilah ibu dan ayah ku sebagaimana mereka menyayangiku..
juga berikanlah mereka kesihatan yang baik supaya sempat melihat aku berjaya

:(
:(
:(


#sedangberlinangan

Sunday, 1 March 2015

tunangan orang

ha
bukan aku lah !! 
:)




ni ha...
kakngah aku dah jadi tunangan orang
aku sedih sebenarnya
tapi bercampur juga gembira
semoga dipermudahkan untuk kamu mendirikan rumahtangga

tahniah angah !!
 happy e-day


yang kanan dah reserved untuk tahun depan
yang kiri tuh bakal reserve sembilan tahun lagi..(untuk dato'-dato'..dan tan sri tan sri)
kahkah

semoga dipermudahkan urusan kamu..
juga semoga selamat menjadi abangngah kami nanti..
tahniah !



baii


Sunday, 22 February 2015

dua puluh tambah satu

bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah..syukur...
aku sudah bertambah satu
kosong sebelum ini sudah bertambah satu
dua puluh satu
cukup sekejap
cukup cepat kosong tinggalkan aku..
tak terkejar rasanya
aku juga tak pernah sedar kosong itu pergi tinggalkan aku
dan diganti pula dengan satu
banyak dugaan
banyak rintangan dah aku lalu
tak sangka
sembilan tahun lagi dua bakal tinggalkan aku
sekejap je tuh
entah sempat entah tidak
entah apa yang bakal aku redah
entah apa yang bakal aku harung
entah
memang entah

syukur
syukur aku masih dikurnia keluarga
masih diwarnai coretan kawan kawan
yang kekal menconteng kanvas hidupku

walau masih terawang awang
terumbang ambing
kadang seperti mahu tersadung
juga umpama tak tertapak kaki ini melangkah
namun hidup tetap hidup
nyawa yg ada perlu aku guna
nafas yg diberi perlu aku baktikan

mahu aku
jadi yg lebih baik
baik segala gala
mungkin bukan yg terbaik
tapi aku mahu yang baik baik
mahu aku
capai bulan
petik bintang
mahu aku hadiah pada tangan insan yg aku panggil ma juga abah
mahu aku
hidup tenang..
tenang sehingga berjumpa-NYA


semoga allah makbul



Tuesday, 30 December 2014

dua ribu empat belas


dua ribu empat belas
kehadiranmu dinanti penuh debaran
kedatangan mu disambut penuh kemeriahan
mengharap sinar harapan dan senyuman

namun siapa sangka
kau menduga kau menguji kami penuh cabaran

mac 2014
perginya MH370 tanpa berita
perginya penuh tanda tanya
perginya tanpa meninggalkan secebis jejak

feb-apr 2014
empangan kami kering
alam tidak sudi memberi kami air
catuan air sehingga berbulan bulan lamanya
mengajar kami untuk tidak membazir

tidak cukup dengan itu
alam seolah olah memarahi kami
jerebu menduga kami
seksanya hidup menyedut udara kotor
mungkin dari kesilapan kami sendiri

julai 2014
ketika umat islam menikmati ibadah puasa
dan kemeriahan aidilfitri kian terasa
hati kami bagai direntap
perginya MH17 tidak kembali
kami terduduk
menangisi dan meratapi perginya MH17
seolah olah orang tersayang berada di sana

satu persatu kau bongkarkan
kerana hilangnya sifat amanah si dewasa
si anak menjadi mangsa
kebocoran soalan UPSR
cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa

disember 2014
kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi
air yang membawa kemusnahan
meruntun hati kami
namun aku tahu
ada ganjaran disebalik kemusnahan itu

kini
saudara kami QZ8501 menghilangkan diri
membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17

betapa kau sayangkan kami
kau hantarkan petanda
kau hantarkan petunjukMU
kau hantarkan petunjukMU
kau hantarkan ujianMU
supaya kami mengingatimu
supaya kami tidak melupakanmu

kami alpa kepadamu
kami jauh darimu
kmi kejam dengan bumi
kami abaikan saudara kami
kami pentingkan diri
kerana merasai dunia ini hak kami

2015
kembalikanlah sinar harapan dan senyuman kami
bawalah airmatamu 2014
pergilah bersama deritamu 2014
bersihkanlah noda hitammu 2014
kami pasrah
kami redha

allah
terima kasih atas kasih sayangmu


Monday, 29 December 2014

bah

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
ya. allah sahaja yang maha segalanya
maha mengetahui juga maha berkuasa atas segala yg dilaksana juga terlaksana
adakah aku terima
adakah aku bersyukur 
adakah aku redha
dengan apa yg terlaksana

berat mata memandang.berat lagi bahu yang memikul
berat bahu yang memikul..berat lagi beban yang dipikul
aku hanya berdaya memandang
aku hanya berdaya melihat
aku hanya berdaya merasa
merasa mencuit rasa
yg hanya dicuit dari hati yg tercuit
berat diri merasa. berat lagi yang merasa

sakit
perit
pedih
sengsara
derita
kebulur
merana

apa salahnya
apa tak betulnya
apa silapnya
apa dosanya
apa kesudahannya
apa balasannya

semuanya ada makna
itu pasti

sabar tabah kuat
harung semua
alirkan segala
hanyutkan titik hitam itu
biar dibawa pergi arus deras
biar ditelan bah nan mengganas
redha
noktah





DISEMBER 2014

Friday, 5 December 2014

perit


perit
memang perit
sakit
ya. aku sakit
siapa aku nk kata tidak
siapa aku nk kata jangan
siapa aku nk buang kan saja
argh !
geram marah sesal
dah tak guna dah
yang dulu tu tak payah dikenang
yang dulu tu perlu dibuang
yang dulu tu harus dicampak
campak jauh dalam gaung
buang jauh atas gunung
boleh
siapa kata tak boleh
nothing is impossible
kau je yang tak percaya
aku boleh
memang aku boleh
kau tak tahu
kau tak tahu apa aku rasa
kau tak tahu apa aku lalu
kau tak tahu apa aku hadap
perit
memang perit
tapi
pahit perit ada manis
aku percaya

1.23am
6dec14

Thursday, 4 December 2014

CHINI

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum..

hai 
saje
je 
nih
nak
simpan 
gambar


mana putera katak saya nih..hmmmm :P

im not taken..but im simply on reserved for the one who deserve my heart..cewwah



muka ma yg happy campuq takut

cantiknya ciptaan allah

carved by indigenous people





kisahnya datang sini bukan nak pi bercuti..
tapi nak berkahwin..
ha ?!
eh.nak attend kenduri kawen.
so dress up pun mendiva la macam nak pi kenduri kawen..
but accidentally boleh pulak salah time..
so. bercutilah kita..
ha..kau hado naik bot pakai baju kebaya dengan high heels ?! haha

k.baii.