kisahnya....

Nur Rahida bt Sabaruddin.

Sunday, 29 June 2014

aokme rodong koi !

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

moh kite berjimba !


kembali berempat..sempat singgah ke tempat kawan part 1 nih... (tudung hijau 2 dari kiri )
rindu kau weh !


masing masing kebuluq lepaih dapat tiket wayang...memandangkan tujuan memang nak tengok wayang cite transformers..and nasib baik dapat tiket...walaupun dpt seat dpn...full house bak hang !


sempat lagi mereka mereka nih....kopiah tu penting :)


alhamdulillah...walau seronok berjimba..solat tetap diutamakan..bagus bagus :)


semoga korang selamat ke jinjang pelamin..

\
jika ditanya calon calon suami..hmm..boleh recommend la.. 

yes..boleh harap mereka nih sebenarnya..tapi tulah...kadang kadang terlebih ketidakwarasannya  :) haha


karokk time !




seriously..suara korang best ! sampai keh balik umoh terngiang ngiang suara aokmer tau..


alhamdulillah..saya dikurniakan kawan kawan seperti korang..bersyukur..gembira..terima kasih tolong warnakan drawing block hidup saya..
semoga kita semua berjaya..berjaya menjadi insan yg sempurna bahagia dan juga tenang di sana nanti..

sekian...



Thursday, 26 June 2014

what if ?

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..


ha..
w h a t i f ?
hmmm....
actually i can guess..but i dont want to know that my guess is right..
btw
terima kasih 
a




















credit pictures : ZCPHOTOGRAPHY
location : Kuantan , Pahang
Date : 21/6/2014

Sunday, 1 June 2014

ice cream dan waffle



bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum

alhamdulillah..officially harini 31 may 2014 genap sebulan aku bekerjaya...
new experiences..
new environment..
new friends..
new boss..
new knowledge..






first time actually pegang ular nih..tapi ntah nape mcm steady je...rase comel pulak ular tuh :)

nama aiskrim nih ice queen special..

ha..aiskrim nih special by our boss just for his wife for mothers day..ice cream i love you katanya

ok..gonna miss u john ! 

not sure what is her name...hmmm 


ha...nilah tempat ceq kijo !
comel kan...heee..
ICE QUEEN KIOSK


pemandangan dr port lepak saya 
ok..memang banyak experience yg aku dapat kat sini..
kiosk nih menjual aiskrim and waffle..tho waffle tu bukan perkara baru coz of kerja kat a.h.s sebelum nih dh pernah buat dah..tapi lain tempat lain cara la kan..one more thing..before this mungkin x pandai nk scoop  ice cream..but now dh tau..nmpk simple tpi it also need skill..

kat sini aku berkongsi bahasa berbeza drpd teman teman cleaner and pengutip pinggan yg berasal drpd indonesia...
terkesan dengan kata kata drpd salah seorang drpdnya
"kami disini bukan mencari kerja...kami disini mencari duit "
cara mereka..totally different dengan kita..
sangat rajin..bekerja untk mencari duit...untuk keluarga mereka disana..
respect !

sini jugak selain dapat ngusha orang..perangai lama tak ubah ubah..haaha
dapat tengok perangai..kerenah...ragam..cara orang malaysia ni makan..
ramai antara kita yg sangat sangat suka membazir
mewah dengan makanan
dibuang macamtu je tanpa rasa bersalah
kadang kadang ada yang makan sekadar 2 atau 3 sudu je..dah x usik dah.. huh !
tak bersalah ke bila kat tempat lain betapa susah mereka untuk makan meneruskan hidup.
tak bersyukur ke boleh makan makanan yg sedap sedap..boleh pilih makanan apa yg korang mahu..
tak sayang ke bila rezeki dicampak dibuang sedangkan masih ramai yg mati kebuluran
kesal !


ok..maaf emosi sikit bab bab membazir nih !

ha..satu lagi..rakyat malaysia nih pengotor sebenarnya...
lepas makan tinggal macamtu..
dah la tinggal macamtu je dengan makanan yg beterabur bagai..sampah lagi...
cuba amalkan buang sendiri sampah yg ada dalam tong sampah
and at least jangan tinggalkan sisa makanan pinggan mangkuk sume betempiaran atas meja tuh..
pernah nampak warga asing yg buang sendiri sampah mereka dlm tong smpah..wish malaysian pun macamtu
belum cite yg merokok tu lagi
udohler merokok...habuk rokok..puntung rokok..selambe panda je campak bawah meja..
"ala..takpe..cleaner ade kan"
amboiii..berapa korang bayar cleaner tuh nak sapu sampah sampah korang ?!

ok..dah membebel

baii 

Saturday, 3 May 2014

chori chori chupke chupke

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum...

alhamdulillah..sudah 3 minggu lebih bercuti dan sudah 3 hari bekerjaya..eh !
hee

chori chori chupke chupke = secara diam ia dicuri..
amboii..
heeheh...
sebenarnya saya mengharapkan yg terbaik di penghujungnya
kesudahannya..
ending nya..
semoga yg terbaik..


Friday, 4 April 2014

apa sebenarnya

Bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum....

haii

Susah mahu digambarkan

sukar juga untuk dicoretkan

Mengapa ya ?

Apa niat sebenarnya

apa tujuan di sebaliknya

Apa yang daku mahukan

Entah...

Ya allah...

beri aku jalan yg betul..

jalan yg lurus

jalan yg engkau redhai

tabahkan aku

kuatkan aku

redhai aku

Ampuni aku

sayangi aku

juga rahmati aku


ameen


Wednesday, 12 March 2014

Pulanglah

Bismillahirrahmanirrahim...

Dimana ?
Mengapa ?
Kemana ?
Bagaimana ?
Kenapa ?

Kami tertanya-tanya
Kami teragak-agak
Kami tercari-cari
Apa sebenarnya

Wahai awan...
Bukalah kelambu kamu
Wahai laut..
Timbulkanlah jawapan nya
Wahai bumi...
Dedahkanlah rahsianya

Semoga tabah kalian semuanya
Mohon sabar kalian semuanya
Minta tenang sentiasa

Segalanya milik allah..

Pulanglah MH370

Saturday, 22 February 2014

Puluhan

Dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha penyayang
Syukur kepada allah masih dikurniakan nafas dan nyawa di hari ini 23 februari 2014..
Terima kasih ibu...
Terima kasih membesarkanku
Terima kasih melahirkanku
Terima kasih kerana susu ìbu mu
Terima kasih kerana masakanmu
Terima kasih kerana pelukanmu
Terima kasih kerana kasihmu
Terima kasih kerana bebelanmu
Terima kasih kerana marahmu
Terima kasih kerana susahmu
Terima kasih kerana sabarmu
Terima kasih kerana segalanya yang terbaik untukku
Ayah..
Walau ibu yg dirasa lebih segalanya
Tapi kamu adalah segalanya bagiku
Terima kasih hero ku !
Along
Garangmu bukan sengaja digarangkan
Bukan sengaja ditegaskan
Bukan sengaja ditinggikan
Tapi..sudah kamu digelar along..
Walau Gaduh marah sakit hati ku
Tetap kamu along ku !
Angah
Tabahmu tiada sempadan
Cekalmu aku sanjung
Walau tidak dibesarkan bersama...
Tetap kamu angah ku !
Ateh
Kamu adik
Juga abang sebenarnya
Sayang aku kepada kamu
Tidak pernah sedikit berkurang
Marahku
Bebelanku
Gaduhku
Tamparanku
Kepada kamu
Semuanya kerana aku sayang kamu
Jadi anak yg soleh
Jadi imam yg sempurna supaya dapt kamu mengimamkan ibu dn ayah kita nanti.
Adik
Kamu pembimbing dan pembantu abangmu
Jangan kamu bertengkar
Jangan kamu berperang
Jangan kamu bertumbuk
Jangan kamu bergaduh
Kerana satu perkara kecil
Sayang aku kpdmu tidak tercapai akalku
Sahabat
Terima kasih kerana menghias sangkar hidupku
Terima kasih atas segala rencah dalam masakan hidupku
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Hanya itu mampu ku ucapkan
Maka bermulalah usiaku sebagai seorang perempuan yg berusia puluhan tahun...
Semoga usiaku sentiasa barakah saban hari
Bertambahnya rezeki
Bertambahnya amalan
Bertambahnya manfaat di sisi Nya
Ameen

Wednesday, 19 February 2014

Beauty and smart

Assalamualaikum,,,
Hai
Saya nak cerita ni
Bacalah cerita saya nih..
Ceritanya macamni
Saya baru attend dinner..
Hehe
Seronok..tapi penat
Tapi penat..tapi seronok
Tapi happy..
Tapi gembira..
Eh..
Hehe..
So..
Selesai untuk dinner semester 4 !
Yuftah alaikum untuk  'pelajar semester 5' yg bakal menamatkan pengajian mereka !
Nanti tak jumpa 'korang' dah
Nanti tak nampak 'korang' dah
Nanti tak dapat usha 'korang' dah
Hmmm
Sedih
Tapi...
Bye

Friday, 7 February 2014

Untitled

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Ya..
Saya hairan dengan diri sendiri
Saya pelik sebenarnya
Saya musykil barangkali
Confuse !

Entah !

Kenapa dijadikan berbagai perasaan
Kenapa dijadikan bermacam rasa
Kenapa dijadikan pelbagai warna
Kenapa dijadikan bercorak corak
Kenapa ?

Entah !

Pergi jauh segala duka
Pergi jauh segala sedih
Pergi jauh segala sakit
Pergi jauh segala perit
Pergi jauh  segala pahit
Pergi jauh? Mustahil

Entah !

Aku bukan jatuh cinta
Aku bukan jatuh hati
Aku bukan
Bukan sebenarnya

Dan jika aku jatuh cinta
Dan jika aku jatuh hati
Semoga jatuh itu tidak jatuh betapa jatuhnya hati ku pada-Mu



Wassalam

Monday, 20 January 2014

Nasib baik

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Aku Beratur
Panjang
Terlihat seorang lelaki yg telah separuh abad barangkali..
Tertinjau tinjau
Terjengok jengok
Eh....aku takut
Takut diapa apakn
Walaun ramai manusia di situ
Tapi belum tentu semuanya manusia
Ah..teruskan tujuan
Yes
Selesai....

Kemudian...
Lelaki itu menyapa..
"Dik...boleh tolong pakcik...pakcik tak nampak sangat nombor ni"
Allahurabbi..aku dh bersangka buruk...
Memang dia kelihatan kosong..tidak mengerti apa
Dan mungkin tidak mengerti bagaimana nak berurusan dengan mesin ATM itu...
Lalu
Aku yakinkan diri bahawa dia memang mmerlukan pertolongan
Percaya benar dia dengan aku sampai no pin turut diberitahu kepadaku..permintaannya hendak mengeluarkan wangnya..
Aku turutkan
Kemudian aku serahkan kad,wang,dan resit
Dan aku terus beredar
Ucapan terima kasih
Aku dengar di hujung telinga

Nasib baik aku dibesarkan dengan keadaan yang baik baik
Nasib baik aku tidak melakukan perkara yg kurang baik
Nasib baik dia tidak berniat yang tidak baik
Nasib baik....

Wassalam..

Saturday, 28 December 2013

Tekad

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Selamat sejahtera ke atas kamu

Semoga sejahtera hendaknya..

Kisahnya bermula
Situasinya di dalam kenderaan beroda empat
Entah dari mana datang hujung serta pangkal ceritanya
Tiba tiba terkesan melalui kata TEKAD !
"Tekad dalam hati"
"Usaha sungguh sungguh"
Ahh
Apalah sangat dengan erti kata tekad
Apalah sangat makna usaha

Eh
Selagi kamu tak bertekad
Selagi kamu tak berusaha

Sedangkan pepatah melayu berbuih bercerita mengenai manakan dapat sagunya kalau tidk dipecahkan ruyung

Berakit rakit ke hulu,berenang renag ke tepian
Bersakit sakit dahulu,bersenang senang kemudian

Usaha itu tangga kejayaan
Ahh
"Cliche" kata generasi y

Eh
Mana nak dapat madu kalau tak ditarah tualang ?
Mana nak duduk menggoyang kaki..kalau bangku perlu dibeli ?

Tekad dalam hati
Tanam niat yang suci
Yakin pada diri
Janji untuk sendiri
Cahaya di hujung nanti
Percaya allah di hati
Hidup dan mati

Waallahualam...

















Tulisanku..luahanku





Wassalam

Monday, 23 December 2013

Sebenarnya......hmm

Assalamualaikum...
Haiii..
Saya sedang bercuti !
Yay
Hihik

Hmm
Sebenarnya
Ada satu perkara yg ingin diluahkan...
Sebenarnya saya suka kamu
Eh !
Suka?
Bukan sayang ?
Bukan cinta ?
Bukan benci ?
Bukan seronok ?
Bukan gedik ?
Bukan mengada ?
Eh !
Ntahla
Aku pun tak  tahu..
Jadi
Ikutkan saja apa bakal jadi
In syaa allah...
Allah sentiasa ada
Sentiasa tahu
Sentiasa bersama

:)
Wassalam

Tuesday, 10 December 2013

hai adik-adik

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...

so..as usual...family camp !!
this time I become as a facilitator..so...hihik..it was fun when all my group members was so sporting and sempoi.. this time dah rasa feeling senior tu up sikit..ahhak..tapi takdelah sampai tahap nak buli kaw-kaw..i akak senior yang baik tau..hihi..now i totally knew what all the junior felt and how all seniors2 felt too..
seriously..penat tu memang..tapi seronok sebenarnya melayan pelbagai kerenah2 adik2 nih..
tho..not so many activity we can do coz of jengka is crying..but after all...it was fun !!
to all junior part 2..congratulations for the graduations of family camp ! yeaaah !!!
aktiviti wajib : burung pungguk



peneraju di sebalik kisah ini... part 5



malam kebudayaan










walau macam mana pahit pun rasanya..senyuman korang dah cukup menggambarkan keseronokan di sebalik kepahitan yang korang lalui... weollss senior senior nih is actually love uollss.. kami marah kerana sayang..kami buli kerana sayang..kami tengking kerana sayang..kami jerit kerana sayang...believe it !
weolls beruntung sebab kita boleh kenal siapa senior and siapa junior kita..we are family ok !

till we meet next semester..
bye...