Saturday, 3 May 2014
chori chori chupke chupke
assalamualaikum...
alhamdulillah..sudah 3 minggu lebih bercuti dan sudah 3 hari bekerjaya..eh !
hee
chori chori chupke chupke = secara diam ia dicuri..
amboii..
heeheh...
sebenarnya saya mengharapkan yg terbaik di penghujungnya
kesudahannya..
ending nya..
semoga yg terbaik..
Friday, 4 April 2014
apa sebenarnya
assalamualaikum....
haii
Susah mahu digambarkan
sukar juga untuk dicoretkan
Mengapa ya ?
Apa niat sebenarnya
apa tujuan di sebaliknya
Apa yang daku mahukan
Entah...
Ya allah...
beri aku jalan yg betul..
jalan yg lurus
jalan yg engkau redhai
tabahkan aku
kuatkan aku
redhai aku
Ampuni aku
sayangi aku
juga rahmati aku
ameen
Wednesday, 12 March 2014
Pulanglah
Bismillahirrahmanirrahim...
Dimana ?
Mengapa ?
Kemana ?
Bagaimana ?
Kenapa ?
Kami tertanya-tanya
Kami teragak-agak
Kami tercari-cari
Apa sebenarnya
Wahai awan...
Bukalah kelambu kamu
Wahai laut..
Timbulkanlah jawapan nya
Wahai bumi...
Dedahkanlah rahsianya
Semoga tabah kalian semuanya
Mohon sabar kalian semuanya
Minta tenang sentiasa
Segalanya milik allah..
Pulanglah MH370
Saturday, 22 February 2014
Puluhan
Terima kasih membesarkanku
Terima kasih melahirkanku
Terima kasih kerana susu ìbu mu
Terima kasih kerana masakanmu
Terima kasih kerana pelukanmu
Terima kasih kerana kasihmu
Terima kasih kerana bebelanmu
Terima kasih kerana marahmu
Terima kasih kerana susahmu
Terima kasih kerana sabarmu
Terima kasih kerana segalanya yang terbaik untukku
Walau ibu yg dirasa lebih segalanya
Tapi kamu adalah segalanya bagiku
Terima kasih hero ku !
Garangmu bukan sengaja digarangkan
Bukan sengaja ditegaskan
Bukan sengaja ditinggikan
Tapi..sudah kamu digelar along..
Walau Gaduh marah sakit hati ku
Tetap kamu along ku !
Tabahmu tiada sempadan
Cekalmu aku sanjung
Walau tidak dibesarkan bersama...
Tetap kamu angah ku !
Kamu adik
Juga abang sebenarnya
Sayang aku kepada kamu
Tidak pernah sedikit berkurang
Marahku
Bebelanku
Gaduhku
Tamparanku
Kepada kamu
Semuanya kerana aku sayang kamu
Jadi anak yg soleh
Jadi imam yg sempurna supaya dapt kamu mengimamkan ibu dn ayah kita nanti.
Kamu pembimbing dan pembantu abangmu
Jangan kamu bertengkar
Jangan kamu berperang
Jangan kamu bertumbuk
Jangan kamu bergaduh
Kerana satu perkara kecil
Sayang aku kpdmu tidak tercapai akalku
Terima kasih kerana menghias sangkar hidupku
Terima kasih atas segala rencah dalam masakan hidupku
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Hanya itu mampu ku ucapkan
Semoga usiaku sentiasa barakah saban hari
Bertambahnya rezeki
Bertambahnya amalan
Bertambahnya manfaat di sisi Nya
Wednesday, 19 February 2014
Beauty and smart
Hai
Saya nak cerita ni
Bacalah cerita saya nih..
Ceritanya macamni
Saya baru attend dinner..
Hehe
Seronok..tapi penat
Tapi penat..tapi seronok
Tapi happy..
Tapi gembira..
Eh..
Hehe..
So..
Selesai untuk dinner semester 4 !
Nanti tak jumpa 'korang' dah
Nanti tak nampak 'korang' dah
Nanti tak dapat usha 'korang' dah
Sedih
Tapi...
Friday, 7 February 2014
Untitled
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ya..
Saya hairan dengan diri sendiri
Saya pelik sebenarnya
Saya musykil barangkali
Confuse !
Entah !
Kenapa dijadikan berbagai perasaan
Kenapa dijadikan bermacam rasa
Kenapa dijadikan pelbagai warna
Kenapa dijadikan bercorak corak
Kenapa ?
Entah !
Pergi jauh segala duka
Pergi jauh segala sedih
Pergi jauh segala sakit
Pergi jauh segala perit
Pergi jauh segala pahit
Pergi jauh? Mustahil
Entah !
Aku bukan jatuh cinta
Aku bukan jatuh hati
Aku bukan
Bukan sebenarnya
Dan jika aku jatuh cinta
Dan jika aku jatuh hati
Semoga jatuh itu tidak jatuh betapa jatuhnya hati ku pada-Mu
Wassalam
Monday, 20 January 2014
Nasib baik
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Aku Beratur
Panjang
Terlihat seorang lelaki yg telah separuh abad barangkali..
Tertinjau tinjau
Terjengok jengok
Eh....aku takut
Takut diapa apakn
Walaun ramai manusia di situ
Tapi belum tentu semuanya manusia
Ah..teruskan tujuan
Yes
Selesai....
Kemudian...
Lelaki itu menyapa..
"Dik...boleh tolong pakcik...pakcik tak nampak sangat nombor ni"
Allahurabbi..aku dh bersangka buruk...
Memang dia kelihatan kosong..tidak mengerti apa
Dan mungkin tidak mengerti bagaimana nak berurusan dengan mesin ATM itu...
Lalu
Aku yakinkan diri bahawa dia memang mmerlukan pertolongan
Percaya benar dia dengan aku sampai no pin turut diberitahu kepadaku..permintaannya hendak mengeluarkan wangnya..
Aku turutkan
Kemudian aku serahkan kad,wang,dan resit
Dan aku terus beredar
Ucapan terima kasih
Aku dengar di hujung telinga
Nasib baik aku dibesarkan dengan keadaan yang baik baik
Nasib baik aku tidak melakukan perkara yg kurang baik
Nasib baik dia tidak berniat yang tidak baik
Nasib baik....
Wassalam..
Saturday, 28 December 2013
Tekad
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Selamat sejahtera ke atas kamu
Semoga sejahtera hendaknya..
Kisahnya bermula
Situasinya di dalam kenderaan beroda empat
Entah dari mana datang hujung serta pangkal ceritanya
Tiba tiba terkesan melalui kata TEKAD !
"Tekad dalam hati"
"Usaha sungguh sungguh"
Ahh
Apalah sangat dengan erti kata tekad
Apalah sangat makna usaha
Eh
Selagi kamu tak bertekad
Selagi kamu tak berusaha
Sedangkan pepatah melayu berbuih bercerita mengenai manakan dapat sagunya kalau tidk dipecahkan ruyung
Berakit rakit ke hulu,berenang renag ke tepian
Bersakit sakit dahulu,bersenang senang kemudian
Usaha itu tangga kejayaan
Ahh
"Cliche" kata generasi y
Eh
Mana nak dapat madu kalau tak ditarah tualang ?
Mana nak duduk menggoyang kaki..kalau bangku perlu dibeli ?
Tekad dalam hati
Tanam niat yang suci
Yakin pada diri
Janji untuk sendiri
Cahaya di hujung nanti
Percaya allah di hati
Hidup dan mati
Waallahualam...
Tulisanku..luahanku
Wassalam
Monday, 23 December 2013
Sebenarnya......hmm
Assalamualaikum...
Haiii..
Saya sedang bercuti !
Yay
Hihik
Hmm
Sebenarnya
Ada satu perkara yg ingin diluahkan...
Sebenarnya saya suka kamu
Eh !
Suka?
Bukan sayang ?
Bukan cinta ?
Bukan benci ?
Bukan seronok ?
Bukan gedik ?
Bukan mengada ?
Eh !
Ntahla
Aku pun tak tahu..
Jadi
Ikutkan saja apa bakal jadi
In syaa allah...
Allah sentiasa ada
Sentiasa tahu
Sentiasa bersama
:)
Wassalam
Tuesday, 10 December 2013
hai adik-adik
assalamualaikum...
so..as usual...family camp !!
this time I become as a facilitator..so...hihik..it was fun when all my group members was so sporting and sempoi.. this time dah rasa feeling senior tu up sikit..ahhak..tapi takdelah sampai tahap nak buli kaw-kaw..i akak senior yang baik tau..hihi..now i totally knew what all the junior felt and how all seniors2 felt too..
seriously..penat tu memang..tapi seronok sebenarnya melayan pelbagai kerenah2 adik2 nih..
tho..not so many activity we can do coz of jengka is crying..but after all...it was fun !!
to all junior part 2..congratulations for the graduations of family camp ! yeaaah !!!
| aktiviti wajib : burung pungguk |
| peneraju di sebalik kisah ini... part 5 |
| malam kebudayaan |
Wednesday, 27 November 2013
CEPATNYA
assalamualaikum...
rasa macam nak menulis sedikit luahan hati kat blog ni..
cepatnya..
cepatnya masa berlalu..
cepatnya waktu berlari..
cepatnya dan cepatnya..
and officially harini dah tiga hari setengah dah melangkah ke semester empat di UITM Jengka nih!
Allah !
tak sangka..terasa seperti baru je melangkah alam universiti..
and now..dah nak habis..
so..i am now non-resident student..which means stay outside the campus..
memang dah decide mende ni dari sem lepas lagi dah..and for now..alhamdulillah...nothing worse happened..
and berdoa sangat semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah..
and from now on jugak.. i would definitely need to learn to be an independent girl ! YAY..YOU CAN DO IT IDA ! no more manja-manja..gedik-gedik semua tu..hihik..be a strong girl !
memandangkan macam-macam need to manage sendiri dah sekarang..tapi i believe in myself that I can do it.. in syaa allah...
so..my target for this semester.....pointer nak EMPAT RATA !!!!!!
memandangkan sem lepas target DL..tapi almost je nak dl..so this time kena target lagi tinggi.. :) EMPAT RATA !!!!
![]() |
| Motif gambar ni ? ntah! |
Thursday, 14 November 2013
wish list
assalamualaikum..
hai semua !
hee..
tetiba terasa nak cerita pasal wish list hidup Nur Rahida bt Sabaruddin !
tapi kalau diikutkan wish list nur rahida sangat banyak sebenarnya..
but lets focus on the major one..which is my goals that i want to achieve semasa hidup jika panjang umur dan diizinkan allah..
FIRST......CARS !
![]() |
| LAMBORGHINI ! |
![]() |
| MINI COOPER ! |
first project
assalamualaikum..
macam banyak je yg nak diupload kat blog ni..
so..here we go..macam tajuk entry dh bgtahu..first project..
hmm.its actually my first project doing officially as a wedding photographer..
its interesting and fun and i discover a lot of new things in wedding photography..
alhamdulillah...
then..lets enjoy the pictures yaw !
original and fresh from the oven..
Wednesday, 6 November 2013
french house
syukur
assalamualaikum..
syukur...mudah diucap..tapi masih sukar diamal..
ish..kenapa la...
ala...kan best kalau..
kalau dapat...
err..seronoknya macam tu..
if jadi macam tu..
ala..takkan ni je..
ish..asyik tu je..
ini je..
ha..tu antara kata kata yang keluar dari mulut manusia manusia yg menjurus ke arah tak bersyukur..
"sesungguhnya dia tahu apa yg baik bagi kamu sedangkan kamu tak tahu"
kadang kadang mulut kata syukur..tapi hati masih merengus dan merungut tidak boleh menerima hakikat..
tak tahulah apa sebenarnya hati manusia ni..tidak pernah puas dan tidak pernah merasa kepuasan..
mungkin cita-citanya ingin menggapai awan..tapi sudah digapai awan mahu mengejar langit...
ya allah..jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatmu ya allah !
Tuesday, 22 October 2013
tiada
assalamualaikum..
maaf..
aku bukan tak suka
tapi tiada apa untuk disuka
maaf
aku bukan terpaksa
tapi tiada apa untuk dipaksa
maaf
aku bukan tak sayang
tapi hati tiada sayang
maaf
aku bukan tak terima
tapi tiada apa untuk diterima
maaf
aku bukan tak suka
tapi tiada apa untuk disuka
maaf
aku bukan tak sedia
tapi belum ada apa untuk disedia
maaf
aku rasa aku tak setara
aku rasa aku tak sekata
aku rasa aku tak sejiwa
aku rasa aku tak sama
maaf
hati ini susah dibuka
hati ini degil katanya
hati ini keras jawabnya
hati ini angkuh khabarnya
hati ini tiada apa sebenarnya
dan
aku juga tiada apa
tiada apa untuk dikata
tiada apa yang aku rasa
hanya memohon cinta pada yang esa
semoga beroleh cinta dariNya
doaku semoga kamu sihat hendaknya
wassalam





















